KUALA LUMPUR: Aktiviti plogging iaitu beriadah sambil mengutip sampah yang lazimnya dilaksanakan di Sweden, dilihat mampu memberikan impak positif terhadap kelestarian alam sekitar di negara ini jika ia dilaksanakan secara meluas.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata aktiviti itu juga, mampu memupuk semangat kekitaan dan penghayatan terhadap aspek penjagaan alam sekitar dalam kalangan masyarakat.
"Kita tahu sekarang bahawa ada permintaan tinggi untuk aktiviti fizikal dan riadah. Sekarang kita lihat di sekitar taman-taman, hutan-hutan bandar ataupun urban forest dan sebagainya, memang banyak aktiviti riadah dijalankan.
"Malah, kita juga tahu ada beberapa tempat yang kita masih lagi berdepan dengan masalah sampah dan kebersihan. Jadi, kalau kita gabungkan kedua-dua aktiviti itu (beriadah sambil kutip sampah) bagi saya ia akan memberi impak lebih positif kepada alam sekitar," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan program plogging sempena Hari Bumi 2024, bertemakan 'Planet vs Plastic' anjuran Kedutaan Sweden di Malaysia dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), di Kebun Bandar Sungai Bunus di sini hari ini.
Turut hadir Duta Besar Sweden ke Malaysia Dr Joachim Bergstrom dan Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Berita) Bernama Nasriah Darus.
Selain itu, Nik Nazmi yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa berkata pihaknya juga sentiasa mencari ruang dan platform, bagi melaksanakan jalinan kerjasama dalam menggerakkan program-program kelestarian alam sekitar.
Beliau berkata Kementerian Pendidikan merupakan antara rakan kongsi yang banyak dilibatkan dalam program alam sekitar, bagi memastikan elemen kelestarian alam boleh diterapkan dalam kalangan pelajar menerusi pelaksanaan aktiviti di sekolah.
"Kita pun tahu kesedaran dalam kalangan anak muda sangat tinggi dalam isu alam sekitar, jadi kalau boleh kita mahu kembangkan dan terapkan lagi. Kita mahu kesedaran itu ada di seluruh negara, bukan di tempat-tempat tertentu sahaja," katanya.
Terdahulu, Nik Nazmi menyertai aktiviti plogging bersama-sama pelajar-pelajar sekolah, warga kerja Bernama, pegawai-pegawai kedutaan dan kementerian.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 22 2024
Nik Nazmi bercakap ketika sidang media selepas merasmikan program Plogging sempena Hari Bumi 2024 bertemakan ‘Planet vs Plastik’ di Kebun Bandar Sungai Bunus hari ini. - Foto Bernama
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
Aktiviti plogging beri impak positif terhadap kelestarian alam sekitar - Nik Nazmi
Aktiviti plogging iaitu beriadah sambil mengutip sampah, dilihat mampu memberi impak positif terhadap kelestarian alam sekitar di negara ini.